SYARAT DAN PERATURAN
PERTANDINGAN DEBAT KEPENGGUNAAN
ANTARA IPTA / IPTS DAN INSTITUT PERGURUAN 2008


Anjuran
Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA)
Persatuan Pengguna-pengguna Standard Malaysia (STANDARDS USERS)

Dengan Kerjasama
Jabatan Standard Malaysia (STANDARDS MALAYSIA)
Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia (MADUM)
Universiti Multimedia Malaysia (MMU)
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN & HEP)
 

Pintasan

1.0   Am 9.0   Penghakiman
2.0   Tafsiran 10.0   Pemarkahan
3.0   Struktur Kejohanan 11.0   Fakta Baru
4.0   Penyertaan 12.0   Definisi
5.0   Sistem Pertandingan 13.0   Penjelasan
6.0   Masa Persediaan 14.0   Bantahan
7.0   Struktur Debat 15.0   Rayuan
8.0   Peranan Setiap Pasukan     Muat Turun
           


1.0 AM

1.1 Peraturan ini diterima pakai untuk Pertandingan Debat Kepenggunaan peringkat IPTA/ Swasta dan Institut Perguruan.
 
 
1.2 Tafsiran peraturan ini adalah hak mutlak Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan. Keputusan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan adalah muktamad.
 
 
1.3

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan mempunyai hak untuk meminda sebarang peraturan sebelum permulaan pertandingan sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Jawatankuasa.

 
   
 

kembali ketas

   


2.0 Tafsiran

2.1 Ketua Hakim’ dan ‘Panel Hakim’ bermaksud individu-individu yang dilantik oleh pihak penganjur untuk memegang jawatan-jawatan tersebut.
 
 
2.2 Institut Pengajian Tinggi’ bermaksud semua institusi pengajian tinggi di Malaysia termasuk Awam, Swasta dan Institut Perguruan.
 
 
2.3 Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan adalah individu yang dilantik oleh pihak penganjur.  
   
 

kembali ketas

   


3.0 STRUKTUR KEJOHANAN

3.1

Kejohanan ini dijalankan dalam kategori Bahasa Melayu.  
     
 

kembali ketas

 
     


4.0 PENYERTAAN

4.1 Setiap institusi hanya boleh menghantar SATU (1) pasukan untuk mewakili institusi tersebut.
 
 
4.2 Peserta mestilah terdiri daripada pelajar ijazah pertama/diploma sepenuh masa IPT yang mereka wakili. Semua pasukan mestilah terdiri daripada penuntut IPT yang sama. Pengesahan bahawa mereka adalah penuntut IPT berkenaan hendaklah dibuat oleh pihak IPT. Sekiranya terdapat penyertaan selain penuntut seperti yang dinyatakan, maka penyertaan tersebut akan terbatal serta-merta.
 
 
4.3 Para peserta hendaklah melaporkan diri sekurang-kurangnya lima belas minit (15 minit) sebelum masa pengundian.
 
 
4.4 Peserta debat hendaklah berpakaian kemas semasa pertandingan.
 
 
4.5 Penukaran peserta adalah dilarang kecuali dengan kebenaran jawatankuasa penganjur.
 
 
4.6 Peserta tidak dibenarkan menunjukkan aksi kurang sopan, seperti mengucapkan perkataan kasar dan keji.
 
 
4.7 Pendebat tidak dibenarkan menggunakan alat-alat bantuan ayat-ayat Al-Quran dan hadis ketika berhujah. Penggunaan bahan bantuan luar seperti buku, carta, majalah dan lain-lain semasa perdebatan berlangsung adalah dilarang sama sekali.
 
 
4.8 Peserta hendaklah berkelakuan tertib dan sopan semasa pertandingan.  
     
 

kembali ketas

 
     


5.0 SISTEM PERTANDINGAN

5.1 Pertandingan ini akan menggunakan kaedah system ‘power match berkumpulan’ (kaedah ‘Swiss Bracket’) untuk pusingan awal.

Sistem ini akan digunakan untuk menentukan pasukan yang akan berlawan dan juga peranan mereka (pencadang / pembangkang).
 
 
5.2 Penentuan kumpulan lawan untuk perdebatan yang pertama akan
dilakukan secara undian. Selepas perdebatan yang pertama, setiap pasukan
akan ditentukan kedudukan mereka.

Kriteria-kriteria yang akan diambil kira untuk menentukan kedudukan pasukan adalah seperti yang berikut :

     a) menang / kalah
    
b) juri
    
c) margin
    
d) markah
 
 
5.3 Penentuan peranan (pencadang / pembangkang) untuk perdebatan pertama akan ditentukan secara undian.
 
5.4 Penentuan peranan (pencadang / pembangkang) untuk perdebatan yang seterusnya akan ditentukan mengikut peranan setiap pasukan dalam perdebatan sebelumnya. Selalunya penentuan pasukan adalah berdasarkan kepada jumlah sesebuah pasukan itu menjadi pencadang atau pembangkang.
 
 
5.5 Penentuan peranan (pencadang / pembangkang) untuk perdebatan bagi pusingan suku akhir, pusingan separuh akhir dan pusingan akhir adalah berdasarkan undian atau lambungan duit syiling di hadapan ketua pasukan masing-masing.
 
 
5.6 Kedudukan pasukan akan ditentukan selepas selesai pusingan awal. Ini adalah untuk menentukan pasukan yang layak ke pusingan seterusnya. Kedudukan pasukan ditentukan mengikut kriteria berikut :

    
a) Menang / kalah
    
b) Juri (jika sesuai)
    
c) Margin
    
d) Markah
 
 
5.7 Pertandingan pusingan suku akhir, separuh akhir dan akhir akan dijalankan mengikut sistem kalah mati.

Penentuan Pasukan Bagi Pusingan Kalah Mati
( Bermula dari pusingan suku akhir)

 

 

 
 

kembali ketas

 
     


6.0 MASA PERSEDIAAN

6.1 Usul perdebatan akan dimaklumkan 30 minit sebelum permulaan perdebatan. Sebarang masa perjalanan ke tempat perdebatan adalah termasuk dalam 30 minit berkenaan. Perbincangan hanya boleh disertai oleh 4 (empat) orang pendebat yang mengambil bahagian SAHAJA. Penggunaan telefon bimbit atau alat-alat komunikasi lain selepas cabutan usul sehinggalah tamat perdebatan adalah DILARANG
 
 
6.2 Mana-mana pasukan yang gagal menghadiri perdebatan selepas lima belas minit (15 minit) dari masa permulaan perdebatan akan dikira kalah.  
     
 

kembali ketas

 
     


7.0 STRUKTUR DEBAT

7.1 Perdebatan dijalankan dalam Bahasa Melayu mengikut gaya Perdebatan ala-Parlimen Malaysia.
 
 
7.2 Setiap pusingan debat mempunyai dua pasukan iaitu pasukan pencadang dan pembangkang. Setiap pasukan terdiri daripada tiga orang pendebat dan seorang pendebat simpanan.
 
7.3 Pasukan Pencadang terdiri daripada Perdana Menteri dan dua orang anggota pencadang manakala pasukan pembangkang terdiri daripada Ketua pembangkang dan dua orang anggota pembangkang.
 
7.4 Setiap pendebat perlu menyampaikan ucapan substantif. Ucapan gulungan bagi pihak pencadang dan pembangkang boleh disampaikan sama ada oleh pendebat pertama atau kedua dari pihak masing-masing.
 
7.5 Had waktu dan susunan ucapan bagi setiap peserta adalah seperti berikut :
 
Ucapan Substantif :  
   
Perdana Menteri / pencadang pertama  7 minit
Ketua Pembangkang / pembangkang pertama  7 minit
Anggota Pertama Pembangkang / pencadang kedua  7 minit
Anggota Pertama Pembangkang / pembangkang kedua  7 minit
Anggota Kedua Pencadang / pencadang ketiga  7 minit
Anggota Kedua Pembangkang / pembangkang ketiga  7 minit
  44 minit
   
Ucapan Gulungan :  
   
Gulungan Pembangkang  4 minit
Gulungan Pencadang  4 minit

                                                                Keseluruhan

52 minit
   
7.6 Untuk setiap ucapan substantif, loceng akan dibunyikan sekali selepas seminit masa berlalu bagi menandakan pasukan lawan sudah boleh melakukan celahan / meminta penjelasan, dan sekali lagi pada permulaan minit terakhir bagi menandakan masa untuk membuat celahan sudah tamat. Loceng akan dibunyikan dua kali apabila masa tamat.
 
 
7.7 Untuk ucapan gulungan, loceng akan dibunyikan sekali pada permulaan minit terakhir dan dua kali apabila masa tamat.
 
7.8 Pendebat yang melebihi had masa lebih daripada 30 saat akan diberi amaran oleh Yang Dipertua Dewan (Speaker). Pendebat akan diminta menamatkan ucapan dan boleh dikenakan penalti.
   
 

kembali ketas

 
     
8.0 PERANAN SETIAP PASUKAN

8.1 Peranan pihak pencadang adalah untuk menyokong usul. Mereka perlu mendefinisikan usul, memberi hujahan/kes yang menyokong usul dan membidas sebarang cabaran yang dibuat oleh pihak pembangkang terhadap usul mereka.
 
 
8.2 Peranan pihak pembangkang adalah untuk membangkang usul. Mereka perlu menjawab definisi yang dikemukakan pihak pencadang dengan hanya samada MENERIMA atau MENOLAK sahaja. PINDAAN terhadap definisi adalah TIDAK DIBENARKAN.  
     
 

kembali ketas

 
     


9.0 PENGHAKIMAN

9.1 Seboleh-bolehnya, setiap perdebatan akan dihakimi oleh satu panel hakim yang terdiri daripada tiga (3) anggota. Bilangan ahli panel mestilah ganjil.
 
 
9.2 Pada pusingan awal kebiasaannya, seorang hakim akan bertindak sebagai Yang Dipertua Dewan dan akan digelar sebagai Tuan Yang Dipertua. Dalam pusingan suku akhir, separuh akhir dan akhir, Yang Dipertua tidak semestinya dilantik dari kalangan hakim.
 
 
9.3 Yang Dipertua Dewan bertanggungjawab menjemput pendebat berucap, menjaga ketertiban majlis dan tertakluk kepada peraturan ini, membuat keputusan tentang sebarang aspek tatacara dan prosedur perdebatan yang mungkin dipertikaikan.
 
 
9.4 Para Hakim mestilah :

a) Mencapai keputusan menang/ kalah, keputusan seri tidak dibenarkan.
b) Tidak menyampuk atau membuat sebarang komen semasa perdebatan berjalan.
 
9.5 Ketua Hakim mesti mengisytiharkan keputusan kepada pasukan yang bertanding dan memberi alasan / ulasan terhadap keputusan yang dicapai oleh panel dalam komentar yang tidak melebihi 5 minit.
 
9.6 Ahli-ahli panel tidak boleh berbincang dan mesti mencapai keputusan dengan sendiri.
 
9.7 Jika tiada keputusan secara sebulat suara dapat dicapai, maka keputusan majoriti akan diterima pakai. Pindaan terhadap sebarang keputusan tidak akan dibenarkan selepas penyerahan undi.
 
9.8 Hakim hendaklah berlaku adil dalam menilai fakta. Hujahan yang disampaikan harus diterima seadanya selagi ia tidak dibuktikan sebaliknya oleh pihak lawan.
 
9.9 Keputusan hakim adalah muktamad.
   
 

kembali ketas

 
     


10.0 PEMARKAHAN

10.1 Setiap ucapan substantif akan diberikan markah maksimum 100 bagi setiap kepakaran penghakiman berdasarkan kepada :
 
Hakim Isi ( FOMCA )  
Isi 50 markah
Gaya/Penyampaian 25 markah
Bahasa 25 markah
   
Hakim Gaya / Penyampaian (MADUM)  
Isi 25 markah
Gaya/Penyampaian 50 markah
Bahasa 25 markah
   
Hakim Bahasa (Dewan Bahasa dan Pustaka)  
Isi 25 markah
Gaya/Penyampaian 25 markah
Bahasa 50 markah
 
     
10.2 Isi

i) Diadili dari segi hujah yang dibentangkan atau dihuraikan, pengembangan dan kekuatan fakta yang disokong dengan bukti sama ada dari segi contoh atau data bagi hujah yang dibentangkan itu.

ii) Setiap hujah yang dibentangkan hendaklah bersesuaian dengan tajuk debat.

iii) Isi yang diketengahkan juga boleh memasukkan bidasan yang hendaklah dikemukakan dengan tepat dan berkesan. Bidasan boleh dilakukan oleh setiap pendebat sama ada pada permulaan atau pada akhir perdebatan ATAU diselang-selikan semasa berdebat ATAU dengan merangkumkan bidasan tersebut dalam hujahnya ATAU ketika menyuarakan bantahan (menolak) bagi sebarang pandangan yang bertentangan dengan pendirian pasukannya.

iv) Penggulung haruslah memberikan ulasan yang ringkas, tetapi menyeluruh tentang hujah-hujah yang telah dikemukakan terdahulu oleh pasukannya.

v) Penggulung juga dibenarkan membentangkan “isi yang baru”, iaitu hujah yang tidak pernah dikemukakan oleh pasukannya sebelum masa penggulungan. Walau bagaimanapun, contoh baru bagi menguatkan hujah asal atau bagi menolak hujah lawan dibenarkan.

vi) Aspek bahasa dan gaya penyampaian semasa membuat penggulungan akan diambil kira dalam pemarkahan.

vii) Markah untuk penggulung tidak akan diambil kira sebagai markah penilaian pendebat terbaik.
 
     
 

kembali ketas

 
     


11.0 FAKTA BARU

  Tiada sebarang ‘fakta baru’ dibenarkan bagi disampaikan dalam ucapan substantif pendebat ketiga dan ucapan gulungan mana-mana pasukan. Contoh baru adalah bukan fakta baru. Hujahan atau fakta adalah dikira ‘baru’ kecuali:
 
 
 

a) ia telah digunakan dalam mana-mana hujahan terdahulu.
b) ia merupakan bidasan terhadap hujahan pasukan lawan.

 
     
 

kembali ketas

 
     


12.0 DEFINISI

12.1 Tugas memberi definisi usul perbahasan yang wajar dan boleh didebatkan adalah hak dan tangggungjawab pihak pencadang.
 
 
12.2 Pihak pembangkang boleh :

a) menerima definisi pencadang secara keseluruhan / mutlak, atau
b) menolak secara keseluruhannya/mutlak dan mengemukakan definisi alternatif.

Pihak pembangkang boleh menolak definisi pihak pencadang secara keseluruhannya hanya jika;

a) definisi pihak pencadang tidak mempunyai kaitan yang kuat dengan maksud sebenar usul.
b) Definisi pihak pencadang adalah ‘truistik : iaitu tidak boleh dibangkang dengan hujahan rasional’.

 
     
 

kembali ketas

 
     


13.0 PENJELASAN

13.1 Penjelasan (celahan) dalam konteks ini bermaksud penjelasan yang diminta oleh pihak lawan bagi membetulkan pendebat yang sedang berucap atau menimbulkan fakta penting. Ia hendaklah ringkas dan bersangkutan dengan apa yang sedang dibincangkan oleh pendebat tersebut. Markah akan diberi untuk penjelasan dan jawapan terhadap penjelasan yang efektif.
 
 
13.2 Pendebat yang sedang berucap mempunyai hak mutlak sama ada untuk menerima atau menolak penjelasan yang cuba diberikan. Bagaimanapun, penolakan penjelasan yang berterusan atau penerimaan yang keterlaluan sehingga menjejaskan kualiti ucapan pendebat tersebut harus dipandang serius oleh hakim. Adalah disyorkan setiap pendebat menerima sekurang-kurangnya dua penjelasan. Walau bagaimanapun, pertandingan ini tidak mengenakan had maksimum atau minimum bagi menerima penjelasan.
 
 
13.3 Penjelasan tidak boleh melebihi 15 saat. Loceng akan dibunyikan selepas 15 saat. Jika penjelasan belum selesai, pendebat yang meminta penjelasan hendaklah duduk serta-merta.
 
 
13.4 Penjelasan tidak boleh diminta sebelum berakhir minit pertama dan pada minit terakhir mana-mana ucapan substantif. Loceng akan dibunyikan sekali lagi menandakan permulaan dan sekali lagi pada pengakhiran waktu meminta penjelasan dibenarkan. Penjelasan tidak boleh diminta dalam ucapan gulungan.
 
 
13.5 Hanya ahli dari pihak lawan boleh meminta penjelasan. Pendebat hendaklah memberi isyarat jika ingin mencelah (berdiri, mengangkat tangan dan sebagainya).
 
 
13.6 Pendebat yang sedang berucap boleh menerima atau menolak penjelasan dengan memberi isyarat fizikal atau memberitahu secara lisan. Jika ditolak, pendebat yang ingin meminta penjelasan hendaklah duduk dan menunggu peluang yang lain.
 
 
13.7 Apabila penjelasan diterima, pendebat yang sedang berucap tidak boleh menjawab selagi pendebat yang meminta penjelasan belum selesai mencelah atau peruntukan masa 15 saat yang diberi belum tamat (yang mana dahalu). Pendebat tidak wajar memotong penjelasan yang diminta oleh pasukan lawan apabila penjelasan telah diterima.
 
 
     
 

kembali ketas

 
     


14.0 BANTAHAN SEMASA PERDEBATAN SEDANG BERLANGSUNG

14.1 Bantahan dalam konteks ini bermaksud bantahan yang diajukan oleh pendebat kepada Yang Dipertua Dewan semasa perdebatan berlangsung bagi menarik perhatian beliau terhadap pelanggaran sebarang peraturan perdebatan seperti :

a) penggunaan aksi atau bahasa yang kurang sopan dalam perdebatan, atau
b) pengenalan fakta baru semasa dalam ucapan substantif pendebat ketiga dan / atau ucapan gulungan, atau
c) mana-mana pendebat yang melebihi had masa daripada 30 saat.
 

 
14.2 Adalah tanggungjawab setiap pasukan untuk menyuarakan bantahan terhadap sebarang perlanggaran peraturan. Keputusan Yang Dipertua Dewan sama ada untuk menerima atau menolak bantahan yang dikemukakan adalah muktamad.
 
 

14.3

Jika bantahan diterima, Yang Dipertua Dewan boleh mengarahkan pendebat yang terbabit agar mematuhi peraturan yang dibangkitkan dan masa yang digunakan untuk membuat bantahan akan dikira daripada masa pendebat yang sedang berucap.  
   
 

kembali ketas

 
     


15.0 RAYUAN

15.1 Semua bantahan hendaklah dikemukakan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan secepat mungkin selepas selesai sesuatu perdebatan.
 
 
15.2 Jika Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan mendapati berlaku sebarang kesilapan atau kecacatan dalam pengendalian sesuatu perdebatan, usaha akan dibuat agar tidak ada mana-mana pihak yang terjejas. Sekiranya perlu, hakim dan peserta akan diberitahu tentang isu berbangkit agar ia tidak berulang.  
     
 

kembali ketas

 
     

** telah dikemaskini pada 8 September 2008 **


Muat turun "Syarat dan Peratuan" dalam bentuk: DOC / DOCX / PDF